Sunday, March 27, 2011

40 hari dalam reban



KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.




PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
1. Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
2. Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain

Ayam diberi makanan sampingan



Sayuti sedang memberikan makanan sampingan iaitu ubi kayu yang direbus dengan air rebusan ikan

Friday, February 25, 2011

Penyakit Ayam Kampung

Jenis-Jenis Penyakit Ayam Kampung
# Sampar ayam (ND)
# Penyakit Gumboro (IBD)
# Puru
# Salmonellosis
# Pasteurellosis
# Lain-lain

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
# Kurang nafsu makan
# Monyok dan tidak aktif
# Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
# Muka bengkak
# Berak cair atau berdarah
# Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
# Warisan
# Pemakanan
# Pengurusan
# Persekitaran
# Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
# Reban sentiasa bersih
# Anak ayam bebas dari penyakit
# Jauh dari ternakan dan haiwan lain
# Pelawat perlu dikawal
# Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
# Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
# Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.



Thursday, February 24, 2011

Ayam kampung berumur 4 hari....

Ayam oh ayam.........



Ayam berumur 4 hari......... 8 Feb 2011

Harga Pasaran Ayam Kampung
Harga pasaran ayam kampung juga cukup mengalakkan. Pada masa kini harga pasaran ayam kampung ialah RM 8.00 /Kg (Hidup) RM 12.50 /Kg (Siap Proses). Harganya sentiasa berubah mengikut keadaan semasa/terkini.

Thursday, July 1, 2010

Harga Ayam Kampung




Harga Ayam Kampung adalah:

Untuk pengetahuan saudara sekelian, harga ayam kampung adalah mengikut harga pasaran semasa. Bagi yang berminat sila hubungi saya dan harga boleh dirunding.

Untuk Negeri Perlis dan Kedah Utara - Penghantaran DISEDIAKAN.... bergantung kepada kuantiti order.