Tuesday, August 2, 2011

Penjualan Ayam












Penjualan ayam sudah bermula. Untuk kali ke-3 bagi pusingan kedua.

Tempat Ayam Berehat


Berehat daripada kepanasan matahari di bawah pokok-pokok ubi kayu.

Ubi-ubi kayu ni juga, akan digunakan sebagai makanan sampingan kepada ayam-ayam tersebut.

Hasil pertama daripada inkubator percubaan


Alhamdulillah.......Nampaknya inkubator ini berfungsi seperti yang dikehendaki.

Saturday, June 25, 2011

Inkubator Penetasan Ayam 1

Ini adalah inkubator ciptaan aku yang pertama.
Terhasil dari kayu-kayan yang terbuang....... bukan apa....nak mencuba, kalau dah ok, baru boleh bikin dengan meterial yang baik lagi......

Mudah-mudahan ianya berfungsi dengan baik. Setakat ni.....ianya berfungsi dengan baik sekali. Suhu maksimum 39 darjah celcius dan yang terendah 35 darjah celcius. Julat perbezaannya tidak kurang dari 3 darjah celcius. Kira ok la tu ( thermostat berfungsi dengan baik ). Maklum sajalah.....baru nak mencuba.....

Monday, June 13, 2011

Ayam oh ayam.....

Beza paling ketara ialah maca mana ayam daging boleh membesar dalam masa 21 hari dan mencapai berat lebih 1 1/2 kilo. Ayam kampung baru nak bertatih kalau 21 hari. Pelik gak kan. Fikir2 kan lah. Mengapa orang Cina tak makan ayam daging, tapi diorang merupakan penternak ayam daging. Kadang2 boleh gila gak kejap memikirkan perbezaan dan kelebihan ayam kampung dengan ayam daging nie.

sumber : http://ayamkg-angahzul.blogspot.com/

Sunday, March 27, 2011

40 hari dalam reban



KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.




PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
1. Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
2. Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain

Ayam diberi makanan sampingan



Sayuti sedang memberikan makanan sampingan iaitu ubi kayu yang direbus dengan air rebusan ikan

Friday, February 25, 2011

Penyakit Ayam Kampung

Jenis-Jenis Penyakit Ayam Kampung
# Sampar ayam (ND)
# Penyakit Gumboro (IBD)
# Puru
# Salmonellosis
# Pasteurellosis
# Lain-lain

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
# Kurang nafsu makan
# Monyok dan tidak aktif
# Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
# Muka bengkak
# Berak cair atau berdarah
# Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
# Warisan
# Pemakanan
# Pengurusan
# Persekitaran
# Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
# Reban sentiasa bersih
# Anak ayam bebas dari penyakit
# Jauh dari ternakan dan haiwan lain
# Pelawat perlu dikawal
# Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
# Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
# Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.



Thursday, February 24, 2011

Ayam kampung berumur 4 hari....

Ayam oh ayam.........



Ayam berumur 4 hari......... 8 Feb 2011

Harga Pasaran Ayam Kampung
Harga pasaran ayam kampung juga cukup mengalakkan. Pada masa kini harga pasaran ayam kampung ialah RM 8.00 /Kg (Hidup) RM 12.50 /Kg (Siap Proses). Harganya sentiasa berubah mengikut keadaan semasa/terkini.